LATIHAN

Latihan 1

Bahagian A

1 . Namakan negara-negara di Asia Tenggara .

2. Nayatakan dua peraiaran yang mengelilingi Malaysia.

3. Nyatakan dua peraiaran yang mengelilingi Sabah dan Sarawak.

4. Nyatakan dua negara yang bersempadan Malaysia.

5. Nyatakan empat negara Asia Tenggara yang merupakan jiran yang paling hampir dengan Malaysia.

Bahagian B

1.__________alat yang digunakan sebagai panduan arah.

2.Malaysia terletak di Benua ____________.

3.Malaysia terletak di antara___________ 1U hingga 7 U dan menganjur dari __________100 T hingga 120 T.

4.Garisan bujur___________ menentukan kedudukan sesuatu tempat di timur atau barat dunia.

5.Di dunia terdapat __________ benua.

6.Benua yang terbesar di dunia ialah Benua_________ dan benua yang terkecil ialah Benua____________.

Bahagian C

Nyatakan benua yang bertanda pada peta di bawah.




















B1 ______________________
B2 ______________________
B3 ______________________
B4 ______________________
B5 ______________________
B6 ______________________
B7 ______________________

Latihan 2

Bahagian A
Jawab semua soalan dengan menandakan jawapan paling tepat.
1. Berikut ialah perayaan yang disambut oleh orangorang Islam, kecuali –
A. Hari Raya Puasa       
B. Hari Maal Hijrah
C. Hari Maulidur Rasul
D. Hari Gawai

2. Pilih pasangan yang salah :
A. Islam ! Masjid
B. Hindu ! Wat
C. Kristian ! Gereja
D. Buddha ! Tokong

3. Padi dikatakan mempunyai semangat dan 
semangat padi mesti dipulihkan bagi mengakhiri 
musim menuai.
Kepercayaan ini merujuk kepada kepercayaan 
masyarakat –
A. Iban
B. Kadazan
C. Melanau
D. Orang Asli

4. Jika seseorang berbuat jahat, ia akan dilahirkan dalam kasta yang rendah. 
Pernyataan ini menerangkan kepercayaan orang ..
A. Islam
B. Cina
C. Hindu
D. Kristian

5. Antara yang berikut, manakah yang benar tentang 
agama masyarakat di negara kita ?
I. Setiap agama menggalakkan penganutnya berbuat kebajikan.
II. Agama Islam adalah agama rasmi.
III. Setiap agama mempunyai tempat ibadat yang tersendiri.
IV. Semua masyarakat orang asli mengamalkan agama dan kepercayaan nenek moyang 
mereka.
A. I,  II,  dan III           C. I, III, dan IV
B. I, II, dan IV               D. II,  III, dan IV

6. Yang berikut adalah makanan tradisional masyarakat Malaysia kecuali –
A. muruku
B. kek
C. kuih bakul
D. lemang.

7. Pasangan manakah yang betul ?
Tarian Masyarakat
I.   joget Cina
II.   ngajat Iban
III   kuda kepang Melayu
IV. parathavatinayum India
A. I,  II  dan  III
B. I,  II  dan  IV
C.  I,  III   dan IV
D.  II,  III  dan IV

8. Capati dan tose adalah makanan masyarakat –
A. Melayu             C. India
B. Cina                 D.  Serani

9. Antara berikut, pakaian manakah yang bukan merupakan pakaian kaum wanita Malaysia ?
A. Baju Melayu        C.  Sari
B. Baju kurung             D.  Ceongsam

10. Antara berikut, manakah yang bukan merupakan alat muzik tradisional ?
A. Tetawak           C.  gong
B. Gitar                   D. serunai

11. Baju kebaya sesuai dipakai oleh wanita Melayu untuk tujuan yang berikut kecuali –
A. ke pejabat
B. berziarah
C. majlis keraian
D. beribadat

12. Di antara berikut, pernyataan manakah tidak benar tentang seni mempertahankan diri ?
A. Seni mempertahankan diri orang Melayu menggunakan keris tradisional.
B. Seni mempertahankan diri orang India menggunakan kayu.
C. Seni mempertahankan diri orang Cina tidak menggunakan lembing.
D. Seni mempertahankan diri menjadi acara pertunjukan di majlis keramaian.

13. Berikut adalah alat muzik tradisional orang India :
A. Veena
B. Rebab
C. Sanhoo
D. Kompang

14. Antara berikut, yang manakah bukan kegiatan kebajikan ?
A. Bergotong-royong
B. Menghulurkan bantuan
C. Berderma
D. Kembara

15. Dalam sistem pendidikan kebangsaan, semua sekolah rendah menggunakan –
I. pakaian sekolah yang seragam
II. kurikulum pendidikan yang sama
III. buku teks yang sama
IV. bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
A. I,  II dan III            C. II, III  dan  IV
B. I,  II dan IV                D. I, II, III  dan IV

16. Sikap yang berikut dapat memupuk semangat perpaduan kecuali –
A. bertolak-ansur
B. bekerjasama
C. saling berkunjung
D. mementingkan diri sendiri

17. KEMAS  dan RELA  adalah contoh –
A. badan sosial
B. badan sukarela
C. badan kerajaan
D. badan swasta

18. Berikut adalah tujuan menggubal undang-undang dan peraturan, kecuali –
A. menjaga hak individu
B. menjaga keharmonian masyarakat
C. menjaga disiplin masyarakat
D. menjaga kekayaan masyarakat

19. Apakah yang mungkin sekali berlaku sekiranya rakyat di sesebuah negara yang berbilang bangsa tidak mematuhi peraturan dan undang-undang ?
I. Kegiatan jenayah berleluasa.
II. Masyarakat hidup dalam suasana harmoni.
III. Keadaan negara akan huru-hara.
IV. Rusuhan kaum mungkin berlaku.
A. I, II  dan  III            C. II, III  dan  IV
B.  I,  III  dan  IV            D. I,  II,  III dan  IV

20. Perpaduan penting untuk –
A. menjamin kesejahteraan dan keharmonian 
hidup.
B. Mencegah kegiatan jenayah.
C. Mewujudkan masyarakat majmuk.
D. Mendisiplinkan masyarakat.

Bahagian B
Jawab semua soalan dengan mengisi tempat-tempat kosong yang disediakan.
1. Tuliskan jenis pakaian dengan kaum yang memakainya.
a) Dhoti:
b) Ceongsam:
c) Baju kurung:
d) Samfu:
e) Sari:

2. Tandakan (Ö ) pada kenyataan yang benar dan ( X) pada kenyataan yang salah.
a. Wau merupakan permainan tradisional yang popular di Kelantan. (  )
b. Dhoti merupakan  pakaian tradisional masyarakat Cina di Malaysia. (  )
c. Nasi merupakan makanan ruji penduduk Malaysia. (  )
d. Dondang Sayang merupakan sejenis tarian tradisional rakyat Malaysia. (  )
e. Tarian Canggung amat popular di negeri Perlis. (  )

No comments:

Post a Comment