DESTINASI MENARIK

NEGERI JOHOR Johor

PULAU PINANG






George Town adalah ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light, Georgetown pernah menjadi salah sebuah bandaraya yang terdapat di Malaysia. Bandar-bandar satelit Georgetown adalah seperti Air Itam, Gelugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah . Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang ; Butterworth ,Kepala Batas , Bukit Mertajam , dan Batu Kawan di Seberang Perai ; Sungai Petani dan Kulim di Kedah, serta bandar-bandar di utara negeri Perak. Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandaraya tertua di Malaysia selepas Ratu Elizabeth II memberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957.Pihak berkuasa tempatan bagi Bandaraya Georgetown adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Walau bagaimanapun, dalam proses penstrukturan semula pada 1976, Majlis Bandaraya George Town telah digabungkan dengan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang menjadi Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Oleh itu, walaupun status bandaraya tidak ditarik balik secara rasmi (melalui pindaan undang-undang), kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri beranggapan bahawa George Town bukanlah sebuah bandaraya. Kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun 2012 telah mengusulkan untuk menjadikan Georgettown sebagai sebuah bandaraya secara rasmi, namun masih belum ada kata putus. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 15 Disember, 1976, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Majlis adalah organisasi yang menyediakan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan untuk kawasan Bandaraya Georgetown. Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.

KUALA LUMPUR




Kuala Lumpur atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 batu²), diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.
Kuala Lumpur merupakan tempat letaknya Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak tahun 1999. Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota ini. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara, juga terletak di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat. Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor, di pantai barat tengah Semenanjung Malaysia.
Semenjak 1990-an, bandar raya ini menjadi tuan rumah kepada berbilang acara sukan, politik dan kebudayaan, termasuk Sukan Komanwel 1998 dan Kejohanan Dunia Formula Satu. Selain itu, di Kuala Lumpur terdirinya menara berkembar tertinggi di dunia, iaitu Menara Berkembar Petronas.
Kuala Lumpur dihubungkan dengan dunia luar oleh dua buah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang kini hanya berkhidmat untuk penerbangan dalam negara.


1 comment: